THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 22 May 2011

Dari Fail Kes..

Salam 1 Malaysia kepada semua,

Seri Badai akan memaparkan kes-kes yang telah mendapat nasihat/bimbingan/konsultansi kami. Anda janganlah risau, maklumat peribadi anda tidak akan dipaparkan di sini untuk menjaga privacy pelanggan-pelanggan kami. Ini adalah sebagai pengajaran untuk kita semua..

KES I

Puan Z merupakan seorang wanita berusia 40-an. Beliau mempunyai jawatan yang disegani di salah sebuah sektor kerajaan. Beliau juga telah berkeluarga dan mempunyai seorang cahayamata.


Masalah :


Semenjak di bangku sekolah menengah lagi Puan Z mempunyai satu kegemaran iaitu beradik angkat. Beliau mempunyai adik angkat yang sangat rapat sehingga membabitkan hubungan fizikal yang nipis. Namun jodoh tetap menjengah di dalam hidup beliau. Beliau bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami beliau walaupun telah beberapa kali beliau dilontar dengan fitnah bahawa beliau bersifat ke arah lesbianisma. Dengan jawatan yang dipegang serta sifatnya yang suka beradik angkat,ia telah menjadi satu tekanan yang amat tinggi kepada beliau. Sedikit sebanyak beliau mula merasa sedikit masalah tekanan jiwa dan menangis hampir setiap malam, sedangkan suami dan anaknya memerlukan perhatian dan jagaan beliau. Beliau menghubungi saya serta meminta pandangan dan mungkin resolusi?



Pandangan/konsultansi

Pertama sekali saya meyakinkan kepada Pn Z bahawa saya bukanlah seorang yang bersifat 'judgemental'.Sebagai seorang muslimah yang percaya pada YANG MAHA ESA, siapalah kita sebagai insan biasa untuk menghakimi orang lain.Saya meminta Puan Z berterus terang tanpa menyembunyikan apa apa. Dengan penjelasan beliau dapatlah saya memberi pandangan yang boleh membantu beliau. Saya memahami akan perasaan Puan Z. Beliau merupakan anak bongsu di dalam familinya. Dia kurang bermanja dengan keluarga tetapi suka memanjakan.Terutama pada wanita yang boleh dipanggil adik oleh dia. 

Saya terangkan kepada beliau bahawa apa yang dia rasa itu adalah normal selagi tiada unsur unsur penyelewengan minat. Sistem ber'angkat' ini adalah sesuatu yang normal juga cuma batas batasnya perlu sesuai dengan norma kita sebagai orang Melayu. Contohnya ciuman mesra di pipi adalah normal tetapi ciuman bibir adalah sesuatu yang luar dari norma. Saya tekankan pada beliau sebagai masyarakat melayu itu bukan sesuatu yang sihat.Suka atau tidak itu adalah fakta yang perlu diterima. Kita perlu melihat dari sudut yang berbeza untuk mencapai titik kefahaman pada diri sendiri dan juga orang lain. 

Puan Z dapat menerima pandangan yang diberi. Sekarang terpulang kepada beliau untuk memilih jalan penyelesaian badai yang melanda dirinya. 

ALHAMDULILAH..Puan Z lebih tenang dan gembira dengan hidupnya sekarang. Secara jujur beliau berterimakasih kepada saya kerana sudah beberapa kali beliau cuba luahkan perasaan beliau kepada orang lain tetapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya, si pendengar telah membuat kesimpulan yang berat dan mula menjauhkan diri.Penumpuan yang lebih rapi juga dapat beliau berikan kepada insan insan yang sudah termaktub di dalam hidupnya. Terbaru sekali yang saya dengar dari beliau ialah beliau sedang berusaha untuk membuat MASTERS. ALHAMDULILAH..

por fabor

-anda ada komen/cadangan untuk berkongsi dengan Seri Badai tentang kes di atas?

0 comments: