THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 31 May 2011

Dari Fail Kes..

Kes 2

AE merupakan pelajar UITM dan di dalam tahun pertama pengajian. Seorang pemuda yang ringan tulang dan lembut hati. Tidak suka mengecewakan pada orang yang menaruh harapan pada beliau.

Masalah

Semasa di tahun pertama pengajian, beliau telah berkenalan dengan seorang lelaki lembut. Pada asalnya beliau berniat untuk mengembalikan kelakian pemuda ini dengan bersahabat tetapi dia pula yang terjerat di dalam perhubungan ini dan mula merasakan kelembutan wanita tulen pada lelaki ini. AE malu untuk berhadapan lantas berterus terang kepada ibu bapanya akan tekanan yang dihadapi. Beliau buntu..Beliau cuba berbincang dengan mengatakan beliau sudah tidak ada hati lagi untuk belajar. Masalahnya beliau sudah pernah terlanjur dengan lelaki lembut ini dan tidak mahu lagi terjebak tetapi di usia yang muda...

Konsultasi

AE berjumpa dengan saya di atas kepercayaan dia yang sudah mengenali saya.Saya pada mulanya agak terkejut juga kerana kesudian dia sanggup berkongsi masalah dengan saya. Setelah dia sendiri mahu berterus terang,saya memuji dia kerana berani melangkah keluar dari perkara rumit ini. Saya pinta pada dia agar dia berjanji dan bertaubat tidak akan mengulangi apa pun perbuatan yang tidak seharusnya.Saya sarankan pada beliau untuk teruskan niatnya keluar dari pusat pengajian tersebut kerana di situ dia boleh bertemu semula dengan lelaki lembut ini. Saya bersama sahabat baik menguruskan proses pemberhentian beliau. Dengan ibubapa beliau saya mahu dia meyakinkan mereka dan bukan hanya janji kosong semata mata bahawa beliau sudah mempunyai rancangan lain untuk meneruskan pengajian di dalam bidang yang diminati.Saya memandang kes ini agak peribadi kerana beliau masih terlalu muda untuk terjerumus ke dalam lubuk yang lebih dalam.Dengan situasi dan zaman yang moden ini jerangkap samar hitam ada di mana mana. 

Alhamdulilah, dengan izinNYA jua, AE telah keluar dari situ dan kini berjaya memasuki Jabatan Pertahanan Negara. Jawatan beliau amat membanggakan keluarga dan kini baru berumahtangga.He is completely a different man..

Sunday 22 May 2011

Dari Fail Kes..

Salam 1 Malaysia kepada semua,

Seri Badai akan memaparkan kes-kes yang telah mendapat nasihat/bimbingan/konsultansi kami. Anda janganlah risau, maklumat peribadi anda tidak akan dipaparkan di sini untuk menjaga privacy pelanggan-pelanggan kami. Ini adalah sebagai pengajaran untuk kita semua..

KES I

Puan Z merupakan seorang wanita berusia 40-an. Beliau mempunyai jawatan yang disegani di salah sebuah sektor kerajaan. Beliau juga telah berkeluarga dan mempunyai seorang cahayamata.


Masalah :


Semenjak di bangku sekolah menengah lagi Puan Z mempunyai satu kegemaran iaitu beradik angkat. Beliau mempunyai adik angkat yang sangat rapat sehingga membabitkan hubungan fizikal yang nipis. Namun jodoh tetap menjengah di dalam hidup beliau. Beliau bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami beliau walaupun telah beberapa kali beliau dilontar dengan fitnah bahawa beliau bersifat ke arah lesbianisma. Dengan jawatan yang dipegang serta sifatnya yang suka beradik angkat,ia telah menjadi satu tekanan yang amat tinggi kepada beliau. Sedikit sebanyak beliau mula merasa sedikit masalah tekanan jiwa dan menangis hampir setiap malam, sedangkan suami dan anaknya memerlukan perhatian dan jagaan beliau. Beliau menghubungi saya serta meminta pandangan dan mungkin resolusi?



Pandangan/konsultansi

Pertama sekali saya meyakinkan kepada Pn Z bahawa saya bukanlah seorang yang bersifat 'judgemental'.Sebagai seorang muslimah yang percaya pada YANG MAHA ESA, siapalah kita sebagai insan biasa untuk menghakimi orang lain.Saya meminta Puan Z berterus terang tanpa menyembunyikan apa apa. Dengan penjelasan beliau dapatlah saya memberi pandangan yang boleh membantu beliau. Saya memahami akan perasaan Puan Z. Beliau merupakan anak bongsu di dalam familinya. Dia kurang bermanja dengan keluarga tetapi suka memanjakan.Terutama pada wanita yang boleh dipanggil adik oleh dia. 

Saya terangkan kepada beliau bahawa apa yang dia rasa itu adalah normal selagi tiada unsur unsur penyelewengan minat. Sistem ber'angkat' ini adalah sesuatu yang normal juga cuma batas batasnya perlu sesuai dengan norma kita sebagai orang Melayu. Contohnya ciuman mesra di pipi adalah normal tetapi ciuman bibir adalah sesuatu yang luar dari norma. Saya tekankan pada beliau sebagai masyarakat melayu itu bukan sesuatu yang sihat.Suka atau tidak itu adalah fakta yang perlu diterima. Kita perlu melihat dari sudut yang berbeza untuk mencapai titik kefahaman pada diri sendiri dan juga orang lain. 

Puan Z dapat menerima pandangan yang diberi. Sekarang terpulang kepada beliau untuk memilih jalan penyelesaian badai yang melanda dirinya. 

ALHAMDULILAH..Puan Z lebih tenang dan gembira dengan hidupnya sekarang. Secara jujur beliau berterimakasih kepada saya kerana sudah beberapa kali beliau cuba luahkan perasaan beliau kepada orang lain tetapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya, si pendengar telah membuat kesimpulan yang berat dan mula menjauhkan diri.Penumpuan yang lebih rapi juga dapat beliau berikan kepada insan insan yang sudah termaktub di dalam hidupnya. Terbaru sekali yang saya dengar dari beliau ialah beliau sedang berusaha untuk membuat MASTERS. ALHAMDULILAH..

por fabor

-anda ada komen/cadangan untuk berkongsi dengan Seri Badai tentang kes di atas?

Saturday 21 May 2011

Salam Pengenalan...


Salam buat semua pengunjung blog seri badai ini.

Salam satu Malaysia pada pengunjung non muslim yang tertarik untuk singgah di sini juga. 
Seperti tuan rumah yang menerima kunjungan tetamu maka saya alu alukan kedatangan anda semua.Apa yang menarik atau luarbiasa tentang blog ini?

Tiada apa yang terlalu istimewa hanya di sini adalah ruang yang anda cari untuk membuat beberapa keputusan getir dalam hidup anda. 
Seperti yang kita tahu, walau bagaimana hebat latarbelakang yang kita ada, pengalaman hidup yang pernah kita rasa,pasti ada satu saat yang  membuat kita rasa buntu dan serba tidak kena. Kesan negatif itu bukan saja terbias pada tingkahlaku kita tetapi juga orang di sekeliling. 
Kesan pada emosi adalah yang paling meruntun jiwa. Bak kata pepatah Inggeris "I've done that n ve been there". Pernah buat itu dan pernah berada di situ merupakan sesuatu perkara yang kerapkali kita dengar dan alami. 

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya dan percayalah bahawa saya dan pasukan saya ikhlas untuk mendengar,meneliti serta melihat pilihan dan langkah yang boleh kami cadangkan untuk membantu anda membuat pilihan dengan kos melepas yang agak minimun.

Pasukan yang membantu akan kewujudan blog ini terdiri daripada tenaga profesional. Siapa mereka bukanlah penting tetapi anda yang memerlukan khidmat itulah yang paling utama. 

Kekadang.. waktu  dengan hanya melihat seekor merpati putih terbang rendah cukup memberi kita secebis ketenangan. 

Sehingga kita bertemu kembali....